Saturday, November 15, 2014

HANYA 1 KAPSUL OMEGA GUARD MAMPU LEGAKAN SELSEMA ANAK

Selamat petang semua!! Tengah buat apa tu? Mesti tengah ber 'Tea Time' dengan family kan. Maklumlah harini kan hari minggu.

Harini saya nak kongsikan dengan hanya 1 kapsul Omega Guard Shaklee telahpun melegakan selsema anak saya. Alhamdulillah semua ini terjadi dengan izin Allah. Jangan nanti ada yang kata saya ni bagi statement yang 'overclaim' pula ye sebabnya ini adalah pengalaman & hasil yang saya peroleh daripada Omega Guard.


Omega Guard Shaklee
Kapsul Omega Guard Shaklee

Sebelum ini hanya saya & suami sahaja yang mengamalkan Omega Guard & saya tidak pernah memberikannya kepada anak saya. Hati saya didorong untuk memberikan Omega Guard kepada Hannah apabila hidung Hannah mula berair & kerap bersin menjadi petanda kepada selsema. Kebetulan pengasuh Hannah ada memaklumkan pada saya yang Hannah terkena hujan ketika mengikutnya ke Rawang pada hari Hannah mula menunjukkan tanda-tanda untuk selsema & tidak sempat mandi setibanya di rumah pengasuh semula sebab Hannah tertidur.

Selera makan Hannah juga berkurang pada hari tersebut begitu juga apabila Hannah bersama dengan saya dia kurang makan. Mungkin Hannah dah rasa kurang selesa dengan hidung & tekaknya. Mungkin juga mulutnya juga dah berasa tawar barangkali. Sebelah malam pula saya memujuknya untuk makan ubat selsema & demam sebab temperature badannya sedikit tinggi but as always she refused. So, tanpa Hannah perasan saya telahpun masukkan 1 kapsul Omega Guard ke dalam susunya. Oppss..jangan salah faham ye, saya bukan masukkan 1 kapsul bulat-bulat sebaliknya saya hanya mencampurkan "pati" Omega Guard bersama susu. Nak tau caranya?? Saya akan terangkan dihujung entry nanti.

Pada mulanya Hannah memberi reaksi muka pelik & bertanya kepada saya kenapa susunya tak sedap. Haaaa..saya hanya menjawab mungkin disebabkan Hannah selsema maka deria rasa dah berubah. Maka, Hannah meneruskan meminum susunya walaupun tak habis seperti selalu iaitu tinggal lebih kurang 1 auns daripada 8 auns, ianya sudah memadai. Malam tersebut Hannah asyik terjaga disebabkan hidungnya yang tersumbat tetapi temperature nya normal.

Hari berikutnya, Hannah pulang dengan ceria daripada rumah pengasuh & hidungnya tidak lagi berair. Temperature badannya juga normal, tiada lagi adegan berlari-lari mencari tisu disebabkan asyik bersin & hidung berair. Alhamdulillah, Hannah bebas dari selsema. Kembali ceria & aktif seperti sedia kala. Tidur malamnya juga nyenyak tanpa gangguan hidung tersumbat lagi dan yang paling happy apabila Hannah sendiri minta untuk makan makanan kegemarannya iaitu koteow ladna.


Testimoni Omega Guard Shaklee
Muka Happy Hannah Bebas Dari Selsema

Saya ingatkan selepas kejadian susu tak sedap tu dia dah tak sukakan Omega Guard, tetapi sebaliknya yang berlaku apabila hari-hari Hannah meminta Omega Guard sehingga saya pula terpaksa sorokkan Omega Guard dari Hannah. So, buat masa sekarang saya hanya berikan Hannah seminggu 1 kapsul sahaja yang dicampurkan dengan susunya.


BAGAIMANA OMEGA GUARD SHAKLEE BOLEH MELEGAKAN SELSEMA / BATUK ???

  1. Omega 3 berfungsi mencegah keradangan di saluran pernafasan yang menyebabkan batuk serta selsema.
  2. Omega 3 berfungsi melegakan simptom batuk & selsema dengan melancarkan saluran pernafasan dengan mencairkan kahak.
  3. Omega 3 melancarkan peredaran darah serta penghasilan agen anti-keradangan bagi meningkatkan imun sistem tubuh.

Omega Guard Shaklee

 

BAGAIMANA CARA MENCAMPURKAN OMEGA GUARD BERSAMA SUSU???

Simple sahaja sebenarnya. Anda cuma perlu cucukkan hujung kapsul Omega Guard & picit ke dalam botol susu anak anda. Goncang sehingga sebati dengan susu & berikan kepada anak anda. DONE!!

Anak anda mengalami masalah yang sama seperti anak saya? Anda boleh cuba berikan Omega Guard Shaklee ini kepada anak-anak anda.


Hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

1 comment:

Unknown said...

Omega Guard mmg wajib ada dirumah..sementara tgh offer ni, baik buat syok cepat2☺

Jemput baca: Atasi Suami Isteri Gaduh Besar Dengan 5 Langkah Mudah

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...