Thursday, December 18, 2014

BETIK DAPAT BESARKAN PAYUDARA?


Jeng..jeng..jeng.. Benarkah buah betik dapat membesarkan saiz payudara? OMG..my favorite fruit ni!! But mostly saya akan cari betik ni bila saya sembelit. 

Actually jawapan kepada persoalan di atas adalah MITOS semata-mata ye. So, anda tak perlu risau untuk mengambil betik dalam pemakanan seharian anda. 

FAKTA MENGENAI BETIK

Sebenarnya betik ni kaya dengan Vitamin A, C & kalium. Jumlah kalorinya juga sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat dalam sebiji buah betik membantu mengurangkan risiko penyakit kanser, penyakit jantung & juga strok.

10 KHASIAT BETIK

  1. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit. 
  2. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
  3. Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.
  4. Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi. 
  5. Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.
  6. Betik mempunyai sifat-sifat anti-radang dan sifat-sifat kejang.
  7. Sentiasa memakan betik membantu melegakan loya dan rasa loya.
  8. Betik juga sangat baik untuk rambut dan membantu mengawal kelemumur. Syampu betik adalah baik untuk rambut dan boleh diperolehi di kedai-kedai kesihatan yang banyak.
  9. Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan. 
  10. Betik jus membantu mengurangkan jangkitan-jangkitan usus besar bayaran dari jangkitan, nanah dan mukus. Penggunaan yang kerap akan membantu dalam memperbaiki masalah.
So, betik ni selain untuk kecantikan ia juga mempunyai kebaikan dalam mengatasi masalah-masalah penyakit kronik seperti yang disebutkan tadi. Selain daripada buah betik itu sendiri, daun/pucuk betik & juga biji betik mempunyai kebaikan yang tersendiri.

Teruskan mengamalkan pengambilan betik untuk menyokong kesihatan anda.



No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...