Wednesday, February 7, 2018

8 TAHUN YANG INDAH


Alhamdulillah, Isnin lepas genap 8 tahun usia perkahwinan daku bersama suami tercinta. Dalam tempoh 8 tahun yang indah ni pelbagai suka duka, turun naik, jatuh bangun dilalui bersama. 

Biasa la adat berumah tangga kan, ada pasang surutnya. Tapi biarlah kita atasinya dengan kematangan dan bukan emosi semata-mata. Lagi 2 tahun akan memasuki usia 10 tahun iaitu fasa kedua dalam perkahwinan kan.



Doakan yang baik-baik, In shaa Allah yang baik-baik juga akan datang dan diperoleh.

Terima kasih tak terhingga buat suami untuk segala-galanya. Teman gaduh yang paling setia ni. Hahaha..Gaduh-gaduh manja je pun barulah harmoni rumahtangga, ye dak?

Paling best bila suami buat surprise dengan delivery kek dan 3 kuntum bunga dihiasi dengan coklat-colat kegemaran. Wow sangat tau. Jimat sebulan tak payah beli coklat. Yang kelakarnya, dari hari Sabtu minta alamat office sampai ke sudah daku tak bagi sebabnya lupa. Last-last terpaksa la En. Suami google sendiri alamat.

Senyuman terkejut bercampur happy namanya ni.
Bila delivery boy dah sampai boleh pulak berpakat dengan Tasha Recep kat depan kata ada orang KPJ nak jumpa. Adoiii, terkena pulak daku time tu. Dah la tengah ada discussion dengan bos time tu. Kalau teringat balik memang kelakar. Terima kasih juga pada kawan kepada En. Suami yang menyediakan servis surprise delivery yang tip top ni. Kek pun superb!

Serius sedap kek ni.

Anyway, thanks to all sweet wishes samada melalui FB, IG or Whatsapp. I love you all.

HAPPY ANNIVERSARY TO US


8 tahun lepas di Majlis Bertandang, Trolak Utara, Sungkai, Perak.
Alhamdulillah kedua-dua pengapit we all pun masing-masing dah berkahwin.
Di pagi Anniversary, En. Suami cuti Isnin lepas. Jadinya beliau la jadi driver daku pada hari tu.










Saturday, February 3, 2018

JALAN-JALAN CUTI SEKOLAH - PART 1

Bila anak dah cuti sekolah mulalah banyak pertanyaan yang muncul antaranya, "kita tak pegi holiday or jalan-jalan ke mana-mana ke mama?" Eh, jangan kata anak, mama pun dah terfikir soalan tu lagi awal dari Hannah. Bukan apa, cuti sekolah hujung tahun macam ni la kita dapat spend lebih banyak masa dengan anak-anak sebab anak-anak pun dah free from any scholl activities kan.

Alang-alang juga tu cousin Hannah yang sulung bakal melangsungkan perkahwinannya dengan wanita pilihannya dari Johor ngam-ngam pula tu tarikhnya jatuh pada first day cuti sekolah. Jadinya we all decide untuk jalan-jalan, pusing-pusing bahagian selatan je la. Senang, sekali harung ja.

SELAMAT PENGANTIN BARU ALONG KHAIRUL DAN IZAH 
Di malam Majlis Pernikahan Along & Izah

Di hari Persandingan Along & Izah. Sempat bergambar kenangan dengan ipar-duai sekali dengan mak pengantin berbaju kuning diraja tu dan anak-anak buah yang super gorjes.


Sambil tunggu Pengantin ready dengan team kompang bagai kita berswafoto dulu lah.


Our sweet litte family dengan pengantin.
Selepas selesai majlis, masing-masing membawa haluan sendiri. Ada yang terus balik KL, ada yang sambung cuti macam we all ni la. Bila lagi kan nak merasa? Selalunya percutian kami hanya setakat Melaka ja paling jauh. Susah sungguh nak sampai ke Johor.

Jadinya we all decided untuk ke rumah my cousin. Ala, lupa pulak nama tempatnya. Sampai dah petang, rehat-rehat kejap then my cousin bawa dinner & pusing-pusing bandar JB. Best weh. Maklumlah dah almost 9 years tinggalkan Johor dengan pelbagai kenangan kan.

Jadi babysitter jap supaya mama nya dapat makan dengan tenang.

Ronda-ronda JB jap.

Actually masa di Johor tak banyak masa sangat berjalan-jalan sebabnya mungkin dah keletihan dan blur ke mana nak tuju lagi. Dalam kepala Sue memang set dah nak ke UTM je sebab rindu sangat suasana di sana. 

Alhamdulillah, dapat juga la masuk UTM, tempat Sue study dulu selama 3 tahun. Sayangnya bila dah terlalu asyik mengimbau kenangan dulu terlupa pula nak ambil barang 2 ke 3 shoot gambar sebagai kenangan. Takpe la, itu tandanya kena datang semula la kan. Jadi la dapat lepak & kidnap dengan cousin sekejap.

UTM DIHATIKU
Berpeluang melepas rindu di UTM setelah 9 tahun meninggalkan tempat belajar ni.
So, lepas breakfast we all menuju terus ke UTM, singgah ambil cousin lagi sorang dan terus lunch pula. Kali ni my cousin yang kami tumpang tidur kat rumah semalam tu bawa we all lunch Nasi Padang di Restoran Ale-Ale Nasi Padang Safee Sali. Makan sampai sengkak perut orang Kedah kata. 


Ambil sepupu dulu yang study di UTM juga bawa makan-makan, ronda-ronda JB.
Ale-Ale Nasi Padang Safee Sali
Semua enjoy makan penuh pinggan ni.
Destinasi seterusnya ke Forest City pula. Hujung-hujung dah tempat ni. Dah dekat-dekat dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas dah. Subhanallah, cantik sungguh-sungguh ok view persekitaran kat tempat tu. Siap ada taman rekreasi sekali dengan swimming pool lagi kat sana. Apa lagi, Hannah meronta-ronta la nak terjun pool tu. tapi nak buat macam mana, we all kejar masa nak check in di Melaka pula.

Forest City, Johor Bahru

Forest City, JB

Forest City, JB

Forest City, JB

Rasanya macam tiap-tiap tahun ke Melaka, tapi masih rasa macam tak puas-puas juga. Rasa macam banyak benda lagi tak try makan. Nak buat macam mana memang dah style we all kalau bercuti ke mana-mana mesti nak cari makanan yang tengah viral dan trending.

So, untuk percutian di Melaka Sue sambung next entry ya.










SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...