Wednesday, February 7, 2018

8 TAHUN YANG INDAH


Alhamdulillah, Isnin lepas genap 8 tahun usia perkahwinan daku bersama suami tercinta. Dalam tempoh 8 tahun yang indah ni pelbagai suka duka, turun naik, jatuh bangun dilalui bersama. 

Biasa la adat berumah tangga kan, ada pasang surutnya. Tapi biarlah kita atasinya dengan kematangan dan bukan emosi semata-mata. Lagi 2 tahun akan memasuki usia 10 tahun iaitu fasa kedua dalam perkahwinan kan.



Doakan yang baik-baik, In shaa Allah yang baik-baik juga akan datang dan diperoleh.

Terima kasih tak terhingga buat suami untuk segala-galanya. Teman gaduh yang paling setia ni. Hahaha..Gaduh-gaduh manja je pun barulah harmoni rumahtangga, ye dak?

Paling best bila suami buat surprise dengan delivery kek dan 3 kuntum bunga dihiasi dengan coklat-colat kegemaran. Wow sangat tau. Jimat sebulan tak payah beli coklat. Yang kelakarnya, dari hari Sabtu minta alamat office sampai ke sudah daku tak bagi sebabnya lupa. Last-last terpaksa la En. Suami google sendiri alamat.

Senyuman terkejut bercampur happy namanya ni.
Bila delivery boy dah sampai boleh pulak berpakat dengan Tasha Recep kat depan kata ada orang KPJ nak jumpa. Adoiii, terkena pulak daku time tu. Dah la tengah ada discussion dengan bos time tu. Kalau teringat balik memang kelakar. Terima kasih juga pada kawan kepada En. Suami yang menyediakan servis surprise delivery yang tip top ni. Kek pun superb!

Serius sedap kek ni.

Anyway, thanks to all sweet wishes samada melalui FB, IG or Whatsapp. I love you all.

HAPPY ANNIVERSARY TO US


8 tahun lepas di Majlis Bertandang, Trolak Utara, Sungkai, Perak.
Alhamdulillah kedua-dua pengapit we all pun masing-masing dah berkahwin.
Di pagi Anniversary, En. Suami cuti Isnin lepas. Jadinya beliau la jadi driver daku pada hari tu.










1 comment:

Anonymous said...

Cantiknya blog ni.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...